Latar Belakang

10 Sebab Kami Bermula

Kempen Tiada.Guru
14 Mac 2022

#1 | Ketidakseimbangan Kekuasaan

Keadilan tidak kekal atau percuma, tetapi diperjuangkan. Harapan dijumpai, tetapi dicipta. Kejahatan tidak melambangkan keberanian, tetapi semata-mata terlindung. Lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤ dan lagi ⤤, salah laku oleh pegawai Kementerian ketika ini terhadap kanak-kanak terus dilaporkan.

Berapa banyak kes yang tidak pernah dilaporkan ⤤? Berapa ramai mangsa kanak-kanak yang kisah mereka tidak mendapat tajuk utama? Budaya ini masih sangat kuat ⤤ kerana begitu banyak penjawat awam yang korup menyedari bahawa dengan memiliki jalan mudah untuk melepaskan diri, mereka menjadi ⤤ kebal ⤤. Dari satu sisi, berdiri guru yang jujur, ibu bapa, pelajar, dan akar umbi setiap kampung menghidupkan cahaya keadilan. Di sisi lain, sekumpulan penjawat awam korup ⤤ dan ahli politik yang lemah tetapi kuat kerana rasuah, berdoa agar cahaya ini terus mati.

Akar umbi telah memilih solidariti: anda berpihak kepada siapa?

#2 | Peluang “Satu dalam Seratus Generasi”

‍Tidak pernah sebelum ini puluhan pegawai Kementerian Pendidikan disaman di Mahkamah Tinggi atas tuduhan salah guna kuasa dalam jawatan awam, dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan kerugian.

Tidak pernah sebelum ini seorang anak berusia 15 tahun dengan sabar menunggu jalan keadilan ketika dia berusia 18 tahun untuk memfailkan tuntutan mahkamah bagi kepentingan awam untuk semua pelajar. Rakyat Sabah boleh berbangga kerana adanya anak Sabah yang bakal menulis semula sejarah tentang reformasi dalam pendidikan dan ketidakadilan yang berlaku.

#3 | Sejarah dengan Kegagalan

Selama 30 tahun ⤤, rakyat Malaysia membicarakan guru ponteng berpanjangan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai Kementerian Pendidikan tanpa keadilan. Isu tersebut telah dilaporkan ⤤ di media, telah diakui ⤤ oleh Kementerian Pendidikan, dan dikecam oleh ahli politik oportunis.

Apa yang jelas sekarang, 30 tahun kemudian: menjerit barah tidak menjadikan anda doktor. Bagi mana-mana keluarga yang tidak mempunyai hubungan politik, pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak mereka adalah pengorbanan yang sia-sia untuk orang kaya berkuasa. Rakyat Sabah ⤤ mengetahui “rahsia terbuka” ini lebih baik daripada kebanyakan orang ⤤.

#4 | Pusat Akar Umbi sedang Bangkit

Kota Belud, Sabah, adalah antara daerah yang mempunyai dua Menteri Persekutuan ⤤. Malangnya, Kota Belud adalah salah satu daerah termiskin di Malaysia ⤤ kerana rakyatnya terus terjejas akibat rasuah dan kegagalan kerajaan:

  1. Pendapatan isi rumah Daerah Kota Belud yang rata-rata berada di kedudukan ke-134 daripada 158;
  2. Kadar Kemiskinan Mutlak Daerah Kota Belud adalah 34%, 3x lebih tinggi daripada purata di luar bandar Malaysia;
  3. Tiga dari sepuluh rumah dalam Daerah Kota Belud tidak mempunyai air paip, hampir 7x rata-rata Malaysia
  4. Kadar ketidaksamaan dalam Daerah Kota Belud adalah salah satu yang terburuk di Malaysia: 152 dari 158.

Kami adalah kamu dan kamu adalah kami.

#5 | Kegagalan untuk Menjadi Telus

Buat pertama kalinya, litigasi ini dapat menyinari cahaya keadilan yang terang di hujung terowong: tidak ada perjanjian pintu belakang, tidak ada penyelesaian di luar mahkamah, dan tidak ada kompromi.

Pelancaran Tiada.Guru menandakan permulaan baru bagi mengakhiri ⤤ budaya ⤤ takut ⤤ bersuara dan keganasan terhadap mangsa kanak-kanak oleh Kementerian Pendidikan. Tiada.Guru menuntut keadilan untuk semua melalui pendekatan yang paling adil, umum, dan kuat: perbicaraan litigasi kepentingan awam di Mahkamah Tinggi.

#6 | Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Ini adalah litigasi kepentingan awam: bukan kami, tetapi kita. Penyelesaian yang dituntut oleh Plaintif Siti Nafirah di Mahkamah Tinggi adalah perisytiharan terhadap Kementerian Pendidikan ⤤ untuk menetapkan duluan kehakiman.

Jika dibuktikan benar, Kementerian akan menghadapi siri dakwaan salah laku amat serius yang memerlukan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menjalankan siasatan selain liputan antarabangsa. Ini kali lah dengan Siti Nafirah ⤤:

“Budaya takut bersuara mesti berakhir.”

#7 | Pendedahan Hipokrasi

Reformis palsu telah lama membuat perhitungan politik dengan mengakui tentang ketidakadilan yang berlaku, tetapi mereka tidak memiliki:

  1. kekuatan untuk menuntut keadilan universal atau
  2. disiplin untuk menetapkan keadilan universal.

Tuntutan Siti Nafirah telah bertahan sehingga kini dengan lima Menteri Pendidikan bersilih ganti dan tiga gabungan kerajaan ⤤ sejak tahun 2015. Tidak ada seorang wakil menteri atau gabungan kerajaan yang berani mengatakan kebenaran meskipun begitu ramai rakyat Malaysia yang menjadi saksi budaya guru ponteng. Proses litigasi Mahkamah Tinggi bermakna Siti Nafirah, dan kemungkinan ribuan mangsa sepertinya, tidak lagi perlu menunggu.

#8 | Keberanian Orang Muda Sabah

"Takut adalah apa yang anda rasakan—berani adalah apa yang anda lakukan."

Tidak ada pusingan-U untuk Siti Nafirah binti Siman. Dia baru berusia 15 tahun ⤤ ketika dakwaan tersebut berlaku. Dia merupakan satu-satunya anak perempuan dan anak bongsu; ayah Siti Nafirah meninggal ketika berusia tujuh tahun dan dia dibesarkan oleh ibunya.

Berasal dari Kota Belud, Sabah, Siti Nafirah berdiri sebagai salah seorang paling berani di Malaysia: sanggup mengorbankan segala-galanya demi mempejuangkan keadilan bukan sahaja hak dirinya tetapi juga kemungkinan hak beribu-ribu mangsa yang dinafikan melalui rangkaian dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai awam berpangkat tinggi. Kerana dia, kami juga di kempen Tiada.Guru terus mara.

#9 | Memberi Suara kepada Yang Tidak Bersuara

Akar umbi—dari setiap kaum dan setiap agama—dahagakan kesamarataan dalam kualiti pendidikan dan keadilan terhadap penyalahgunaan kuasa. Namun, disebabkan oleh masalah “status quo”, mereka tidak mendapat perhatian media.

Mereka sangat mendahagakan kehidupan yang lebih baik dengan tertegaknya keadilan: kehidupan tanpa cengkaman terhadap anak-anak mereka. Kami telah lama menanti generasi ke generasi sambil menyaksikan ibu bapa & nenek moyang kami meninggal tanpa keadilan. Adakah rakyat Malaysia hanya bersikap tunggu dan lihat menanti ahli politik dan pemerintah mengembalikan kuasa kepada rakyat?

Jika kita tidak berjuang sepenuh hati untuk perkara yang kita benar-benar percaya, pada suatu ketika nanti kita akan menyedari bahawa kita sebenarnya tidak benar-benar memperjuangkannya.

— Paul Wellstone

#10 | Mendedahkan Perangai Sebenar Kementerian Pendidikan

Perbicaraan Mahkamah Tinggi ini dari salah satu daerah termiskin & mempunyai tahap ketidaksamaan antara tertinggi di Malaysia ⤤ mendakwa mendedahkan ⤤ “salah guna kuasa di pejabat awam, seorang guru tujuh bulan tidak hadir, dan pegawai Kementerian Pendidikan bersubahat untuk memalsukan dokumen kerajaan dalam rantai yang terbentang dari Kampung Taun Gusi ke Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.”

Dalam laporan lain, salah laku pegawai Kementerian Pendidikan ⤤ telah didedahkan termasuk penderaan seksual ⤤, buli ⤤, dan rasuah “serius” ⤤. Pelajar, ibu bapa, dan para guru tahu sememangnya sedar target mudah mereka ialah anak-anak miskin, lemah, dan / atau tidak berhak ⤤.

Apabila tiba masanya untuk keadilan, yang berkuasa mendabik dada: “Keadilan untuk semua bukanlah sesuatu yang baik, malah lebih berbahaya secara politik.” Kenapa? Kerana menghilangkan keperimanusiaan ialah tujuan dan salah laku ialah alat bagi mereka yang ingin mematikan cahaya keadilan untuk diri mereka sendiri & rakan subahat mereka.

Jadi hari ini kita menetapkan mercu utama dalam perjalanan keadilan ini: cahaya keadilan akan dinyalakan.